Selamat Datang Ke MRI

Showing posts with label Program2 MRI. Show all posts
Showing posts with label Program2 MRI. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Majlis Ihtifal MRI 2010


Guru-guru MRI

 
Ucapan  Perasmian oleh wakil PTA Balik Pulau

 Persembahan Nasyid
 Penyampaian Hadiah




 Persembahan Nasyid

Guru@ajk yang telah banyak bersusah payah bagi menjayakan program Majlis Ihtifal 2010

Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah kerana Pihak MRI sekali lagi telah selamat melaksanakan 1 program tahunan iaituMajlis Ihtifal MRI 2010. Yang mana majlis berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Beberapapersembahan murid-murid dari MRI,termasuk persembahan bercerita & lakonan pentomen.
Majlis berakhir pada jam 6 petang.

Wednesday, June 23, 2010

Rombongan Sambil Belajar

Salam buat semua....
Pertama sekali pihak MRI mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrah Allah swt kerana dengan izinNya pihak MRI sekali lagi berjaya menjadikan Rombongan Sambil Belajar ke Kelantan & Terengganu pada minggu yang pertama Cuti Penggal 1 untuk pelajar-pelajar MRI menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana. Objektif utama MRI mengadakan rombongan ini hanyalah untuk memperaktikkan Solat Jama' & Qosar bagi pelajar2nya.

Dimana seramai 36 orang murid serta 4 orang guru pengiring diketuai oleh Ustaz Azlan ketika program rombongan ini diadakan. Semua urusan perjalanan dan penginapan diselia oleh Ustazah Zaidah.

Kunjungan pertama kami kira-kira jam 8pagi sampai di Masjid Terapung di Terengganu.
Para murid mula mengemas serta membersihkan diri di Tandas Awam yang berhampiran Masjid Terapung tersebut.

Greetings to all ....
First of all the MRI express my highest gratitude for kehadrah Allah by His leave the MRI once again managed to make the delegation Study to Kelantan and Terengganu in the first week of Term 1 Holidays for MRI students to visit historical sites there. The main objective of this mission is provide MRI for memperaktikkan Prayer Jama '& Qosar for pelajar2nya.

Where a total of 36 pupils and four teachers escort was led by Ustaz Azlan group program is held. All travel and accommodation arrangement supervised by Ustazah Zaidah.

Our first visit approximately 8pagi to the Floating Mosque of Terengganu.
The students begin updating and cleaning up the public toilets near the Floating Mosque.



Pelajar2 bergambar di hadapan Masjid Terapung,Terengganu.
Students pose in front of the Floating Mosque, Terengganu.


Setelah sesi ziarah Masjid Terapung selesai, kami dibawa ke Kraf Tangan Malaysia dimana hasil seni tangan penduduk tempatan di paparkan.
Floating Mosque after the pilgrimage is finished, we brought to Malaysia, where Hand Craft hands of local artwork is displayed.

Antara senireka sarong telur yang dianyam.
Among senireka eggs woven sarong.


Souvenir2 Kraf Tangan

Tembaga yang di masak sebelum di bentuk ke dalam acuan khas
Copper in the form of cooked before in a special mold


Taklimat oleh salah seorang pengusaha KrafTangan Malaysia
Briefing by one operator Malaysian Handicraft




Seterusnya,kami dibawa ke Noor Arfa Batik. Yang mana salah satu tempat tarikan pelancongan serta orang-orang Malaysia yang pasti ke Noor Arfa Batik jika sampai ke Terengganu. Di sini juga ditunjukkan bagaimana Batik Malaysia dihasilkan. Dan beberapa seniukir turut berada di sini.
Next, we brought Noor Arfa Batik. Which one of the tourist attractions and the people of Malaysia to Noor Arfa Batik sure if came to Terengganu. Here also shown how Batik Malaysia produced. And some seniukir also be here.

Bergambar di hadapan Noor Arfa Batik.

Setelah itu. Kami terus ke Taman Tamadun Islam yang berhampiran dengan Masjid Kristal. Di sana perbagai monument-monument masjid2 terkemuka dari seluruh negara dipaparkan. Ada 21 jenis monument masjid2 seluruh negara di Taman Tamadun Islam tersebut.



Taklimat yang disampaikan oleh salah seorang jurucakap
di Taman Tamadun Islam tersebut.


Bergambar dihadapan Masjid Kristal

Disinilah Solat Jama' Qosar di dirikan oleh pelajar2 MRI. Yang mana taklimat sebelum bermulanya solat tersebut disampaikan oleh Ust. Azlan.

MRI meninggalkan alamat blog di Kedai Keropok Losong.

Setelah itu,kami singgah pula ke salah satu kedai keropok losong yang terkenal di Terengganu. Sambil membeli, kami juga dihidangkan keropok losong yang telah digoreng secara percuma. Ini adalah salah satu daya tarikan untuk lebih ramai pengunjung berkunjung di kedai ini. Jutaan terima kasih diucapkan kpd Tuan Kedai Keropok Losong ini. :)

Pada hari ke-2,kami berpeluang untuk menziarahi pula Kota Bharu,Kelantan. Di bawah adalah tempat2 yang sempat dilawati . Antaranya Istana Sultan Kelantan yang terdahulu,Pasar Siti Khadijah,Muzium Kelantan,Muzium Senjata dll.

Bergambar di hadapan hotel penginapan pelajar2 MRI


Salah seorg pelajar sedang membaca sejarah di Kota Bharu


Bergambar dgn Perahu Diraja Kelantan


Bergambar sebelum meninggalkan Bandar Kota Bharu

Sebelum kami bertolak pulang ke Pulau Pinang,kami sempat ke Masjid Kg. Laut . Yang mana masjid ini berada di persisiran laut dan dipindahkan oleh penduduk tempatan dengan mengangkat dari laut ke darat tanpa merungkai straktur2 masjid tersebut.

Anatara batu Refleksologi yg berada berhampiran Masjid Kg. Laut


Masjid ini berhampiran dgn Universiti Malaya, Kelantan


Senibena Masjid Ar-Rahman.



Setelah menziarahi masjid ini, kami terus bertolak pulang ke Pulau Pinang. sekian...

Sambutan Hari Guru MRI

Salam buat semua pembaca blog.
Baru-baru ini sebelum cuti penggal pertama, pihak MRI telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru . Majlis ini berjalan dengan lancar walaupun diraikan secara sederhana. Alhamdulillah...separuh daripada murid-murid dan guru-guru turut mengambil bahagian . Antaranya diadakan persembahan nasyid,bercerita,sajak dan juga acara cabutan bertuah. Anda boleh lihat gambar di bawah adalah diantara sedutan ketika Majlis Sambutan Hari Guru diraikan. wassalam .


Pelajar-pelajar berkumpul di dewan.


Antara persembahan nasyid

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

No cabutan bertuah

Persembahan bercerita oleh guru menggunakan dialek Perkampungan Baling


Pelajar diberikan peluang untuk menterjemahkan semua dialek Perkampungan Baling


Santapan setelah selesai Majlis Sambutan Hari Guru.

Thursday, February 25, 2010

Majlis Penghayatan Maulidur Rasul 1431

Salam buat semua...
Skali lagi kita baru-baru ini menyambut Hari Keputeraan Baginda Nabi saw. Begitu juga dengan pihak MRI yang biasanya menyambutnya dengan program perarakan dan selawat, hasil gabungan ahli Qaryah Sg.Pinang,JKKK,Masjid Sg.Pinang serta beberapa badan turut serta. Tapi pada kali ini pihak MRI menukar agenda dari program "luar pintu" ke "dalam pintu".

Hasil perbincangan dan semua guru bersepakat untuk mengadakan beberapa acara bersempena menyambut Maulidur Rasul ini. Diantaranya pertandingan bercerita(sirah),Sajak dan berselawat.Semuanya berkaitan tentang kehidupan Rasulullah dari awal perlantikan menjadi Rasul hingga kewafatan Baginda.

Alhamdulillah...walaupun perancangan program hanya diputuskan 4 hari sebelum berlangsung,majlis yang dimulakan dengan bacaan doa hingga ke penyampaian hadiah berlangsung dengan meriahnya. Jutaan terima kasih buat waris pelajar-pelajar yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada hari itu.
Semoga Majlis Penghayatan Maulidur Rasul ini memberikan impak dan kesan yang terbaik buat para pelajar serta hubungan pihak MRI serta IbuBapa dapat lebih dieratkan lagi... ~MRI~


Bacaan doa oleh adik Izzuddin dari Tahun 6

Dimulakan dengan Pertandingan berselawat terlebih dahulu.



Kemudian diikuti dengan pertandingan bersajak.

Seterusnya pertandingan bercerita.




Panel Juri

Para hadirin yang sentiasa menyokong program yang dianjurkan.


Gelagat para peserta serta karenah pelajar-pelajar.






~Guru-guru Madrasah Raiyyah Islamiah Sg.Pinang,Balik Pulau.~