Selamat Datang Ke MRI

Thursday, November 19, 2009

Kelas agama semasa cuti persekolahan.

MADRASAH RAIYYAH ISLAMIAH SG.PINANG
BALIK PULAU,PULAU PINANG.

_____________________________________________________________
19 November 2009
MELALUI,
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PENGURUSAN.
MADRASAH RAIYYAH ISLAMIAH,
SG.PINANG.
11010

PENGERUSI QARYAH/IBUBAPA/PENJAGA/WARIS
11010 BALIK PULAU.


PER : KELAS AGAMA SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2.Untuk pengetahuan semua pihak,kelas pengajian Fardu Ain dan al-Quran akan berjalan sepertimana biasa walaupun semua murid-murid akan mula bercuti sekolah bermula 20hb November 2009.

3.Oleh itu,pihak madrasah merasa amat berbesar hati sekiranya semua pihak ibubapa dapat menghantar anak-anak bagi mengikuti kelas pengajian agama.

4.Jadual pembelajaran akan dijalankan sepertimana berikut:

HARI PENGAJIAN: ISNIN-RABU
TARIKH : 23-25 NOV 09 & 30-02 DIS 09
MASA: 8.00-10.30 PAGI

5.Kami berharap agar pihak ibubapamemberikan kerjasama sepenuhnya berhubung dengan perkara tersebut,seterusnya dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti pembelajaran agama disepanjang cuti persekolahan nanti.

Sekian,terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA"

Yang menjalankan tugas,
( HAMIDI B. IBRAHIM )
Guru Besar

Sunday, November 8, 2009

Jemputan ke Majlis Ihtifal MRI 2009


MAJLIS IHTIFAL
MADRASAH RAIYYAH ISLAMIAH
SG.PINANG 2009


Dengan ini pihak MRI menjemput semua waris pelajar-pelajar MRI
ke Majlis Ihtifal MRI 2009

Pada :
Hari Khamis

Tarikh :
19 November 2009 bersamaan 2 Zulhijjah 1430

Jam :
2.00-5.00 Petang

Bertempat :
Dewan Madrasah Raiyyah Islamiah


Antara yang menarik :-

~Anugerah Pelajar Cemerlang.
~Cabutan Bertuah.
~Jamuan Makan.

SELURUH AHLI QARYAH SG.PINANG DIJEMPUT HADIR

Saturday, November 7, 2009

Bengkel UPSR 2010

Salam buat semua...
Post kali ini pihak MRI bersama Perpustakaan Desa Sg. Pinang telah mengadakan Program Bengkel UPSR bagi sesi 2010. Alhamdulillah berkat kerjasama program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Di bawah ada sedikit sedutan sesi bengkel diluar kawasan sekolah dan berhampiran Sg.Pinang. Bengkel secara santai untuk menarik minat para pelajar.
Jutaan terima kasih kepada Fasilitator yang dijemput khas dari USM (Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang ) . wassalam .