Selamat Datang Ke MRI

Wednesday, July 29, 2009

Salam dari Madrasah Raiyah Islamiah

Assalamualaikum wbt.
Salam pembuka bicara kepada semua pembaca-pembaca blog Madrasah Rai'yah ini . Segala pujian dan rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah swt serta selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w .
Kami bagi pihak Madrasah Raiyah Islamiah Sungai Pinang bersyukur kerana dapat melangkah setapak lagi kehadapan dengan pembukaan blog baru madrasah ini. Dan kami pihak madrasah mengalu-alukan pembaca blog ini dapat memberi kerjasama serta sokongan moral kepada kami bagi memartabatkan pendidikan anak-anak di sekitar Sungai Pinang.
InsyaAllah,dengan wujudnya blog ini,para pembaca dapat mengetahui serba sedikit perjalanan halatuju madrasah serta taraf pendidikan anak-anak dari masa kesemasa .
Hanya sampai di sini dahulu kalam pembuka untuk "entry" kali ini. Semoga dengan doa serta bantuan dari anda semua madrasah ini terus maju tanpa menoleh kebelakang . Wallahua'lam .

~Madrasah Rai'yah Islamiah~

email : madrasahraiyah@gmail.com