Selamat Datang Ke MRI

Thursday, October 29, 2009

Jadual Peperiksaan Penggal Akhir Tahun 2009

Di bawah adalah jadual peperiksaan penggal akhir tahun 2009 | 26-30 Okt 2009

26 Okt 2009
Al-Quran / Tajwid | Tilawah / HAfazan

27 Okt 2009
Tauhid | Akhlaq

28 Okt 2009
Bahasa Arab | Fekah

29 Okt 2009
Jawi / Khat | Sirah

30 Okt 2009
A M A L I S O L A T

Wednesday, October 28, 2009



Salam Baitullah


Pihak Madrasah Raiyyah Islamiah mengucapkan :-
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
kepada semua ahli Qaryah Sg. Pinang yang akan menunaikan Ibadah Haji tahun ini.
Semoga anda mendapat HAJI yang MABRUR .

Aktiviti November 2009

4 Nov 09 - Mesyuarat Ahli Jawatankuasa / Ahli Lembaga Jemaah Pengurusan Madrasah Raiyyah Islamiah.

17 Nov 09-
~Program Motivasi UPSR untuk tahun 2010( Khas untuk Pelajar-pelajar Tahun 5 shj.). Dengan Kerjasama Perpustakaan Desa Sg. Pinang.
~Akan dikenakan sebanyak RM 2 shj.
~Ahli Panel jemputan dari Universiti Sains Malaysia ( USM )
~Jamuan makan.

16 Nov 09 - Minggu Penilaian Prestasi ( Semua Ibu Bapa dan Murid 1-6 terlibat )
~Waris menandatangani buku rekod anak-anak.
~Bwesurai.

19 Nov 09 - Majlis Ihtifal Tahunan 2009 ( Majlis Penyampaian Hadiah )

Wednesday, October 21, 2009

Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) 2009

Salam buat semua...

Makluman bahawa 19-23 Oktober 2009 akan bermulanya Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi sesi 2009.Di bawah adalah persiapan yang dibuat oleh calon-calon yang akan menduduki UPKK 2009


Persedian untuk ujian lisan.


Calon-calon menduduki Ujian Lisan.


Calon-calon menjawab kertas ujian.








Tuesday, October 20, 2009

Kalam Saidina Ali tentang Ilmu dan Harta

RENUNGKANLAH kata-kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…

~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.

MRI hampir sempurna dibina

Salam buat pengunjung2 blog MRI,

Alhamdulillah,enrty kali ini pihak MRI ingin memaklumkan bahawa bangunan MRI yang baru kini hampir sempurna dibina,hampir 90% gerakerja telah dijalankan.Gambar di bawah dirakam pada pertengahan Oktober 2009.

Pihak MRI dengan hati yang terbuka menerima seberapa ramai dari anak Qaryah Sungai Pinang untuk mendaftar masuk pada sesi yang akan datang iaitu sesi 2010.Ini kerana kami ingin membantu anak-anak Qaryah Sungai Pinang untuk lebih mendalami Ilmu Fardu A'in dan pengajian Al-Quran. wassalam.


Pandangan dr sisi hadapan


Pandangan dr sisi belakang bangunan


Pandangan dr sisi tepi bangunan


Pintu masuk ke MRI


Bilik air pelajar

Sebarang pertanyaan/cadangan anda boleh terus emailkan kepada:-
madrasahraiyah@gmail.com | Ustaz Hamidi ( Mudir) 016-4131 334

MRI dinaiktaraf

Salam...
Segala puji bagi Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Untuk makluman pengunjung2 blog madrasah ini,sekali lagi kami pihak MRI dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa madrasah kami kini sedang giat dibangunkan bagi menaiktaraf S.A.R untuk masa depan pendidikan anak-anak Qaryah Sungai Pinang.

Gambar di bawah diambil sekitar bulan Julai yang lepas,lebih 50% gerakerja pembinaan telah dibuat.InsyaAllah,pada hujung tahun 2009 bangunan ini dijangka siap sepenuhnya.Dan akan digunakan untuk kemasukan pelajar sesi 2010.

Bagi ahli Qaryah Sungai Pinang,tarikh pendaftaran baru untuk sesi 2010 akan diumumkan tidak lama lagi...sekian terima kasih dari pihak MRI.







Sebarang pertanyaan/cadangan anda boleh terus emailkan kepada:-
madrasahraiyah@gmail.com | Ustaz Hamidi ( Mudir) 016-4131 334

Bangunan MRI yang asal

Salam..
Untuk makluman pengunjung2 blog MRI,di bawah adalah Madrasah Raiyyah Islamiah yang asal.



Sebarang pertanyaan/cadangan anda boleh terus emailkan kepada:-
madrasahraiyah@gmail.com | Ustaz Hamidi ( Mudir) 016-4131 334

Monday, October 19, 2009

Majlis Penutup Program Anak Angkat Uitm

Setelah beberapa hari pelajar2 Uitm bermukim id Sungai Pinang,maka pada malam terakhir satu program penutup telah disempurnakan oleh semua pelajar2 dari Uitm,pelajar2 MRI serta sokongan dari waris pelajar2 MRI dan orang2 Kampung Sungai Pinang.

Majlis bermula seawal jam 8 malam dan berakhir hampir jam 10 malam.
Perlbagai persembahan dipertontankan diantaranya,persembahan dari pelajar2 uitm,dikir barat,lakonan. Pelajar2 MRI juga tidak ketinggalan membuat persembahan nasyid yang terdiri daripada pelajar tahun 6 dan 5.

Dibawah ada sekidit sedutan program pada malam tersebut,wassalam...







email: madrasahraiyah@gmail.com

Sunday, October 18, 2009

Hari sukaneka pelajar2 MRI bersama pelajar2 Uitm

Alhamdulillah...
Sepanjang 3-4 hari pelajar2 Uitm di kampung ini,byk program-program yang telah dibuat.hari sukaneka adalah salah satu program yang telah diatur bagi memeriahkan lagi kunjungan pelajar2 uitm.Bukan hanya sekadar hiburan,dengan program sebegini silaturahim antara pelajar2 Uitm dan pelajar MRI serta pihak madrasah dan waris pelajar MRI dapat mengukuhkan lg dari masa kesemasa.
Kami pihak MRI bersyukur serta mengharapkan sokongan dari pihak luar amnya dan dari pihak Qaryah khusunya bagi meningkatkan lagi prestasi anak-anak qaryah dengan program-program seumpama ini.







Latihan Dalam Kumpulan bersama pljr MRI

Sepanjang Program Anak Angkat pelajar2 Uitm di Sg. Pinang,pelajar2 MRI juga tidak terlepas
mengikuti Latihan Dalam Kumpulan yang di jalankan oleh fasilitator2 meraka yang terdiri dari pelajar2 Uitm itu sendiri.
Dengan program sebegini,anak qaryah/pelajar2 MRI juga dapat menambah pengetahuan serta mendapat pengalaman baru dari program tersebut.





Program bersama pelajar2 Uitm Pulau Pinang.

Salam buat semua..
Pada bulan Mei 2009,pelajar-pelajar Uitm Pulau Pinang telah datang ke Kg.Sungai Pinang bersempena Program Anak Angkat di Daerah Sg. Pinang.
Pelbagai program kemasyarakatan yang telah dikelola oleh pelajar2 Uitm.Diantaranya ialah,program gotong royong di sekitar Madrasah Raiyyah Islamiah ini.Alhamdulillah majlis gotong royong ini dapat mengeratkan lagi persaudaraan antara pelajar2 uitm dengan pihak madrasah.Ucapan ribuan terima kasih dari pihak madrasah buat semua pelajar2 Uitm yang menjayakan majlis gotong royong in.

Di bawah ada sedikit sedutan daripada majlis tersebut...








email: madrasahraiyah@gmail.com

Thursday, October 15, 2009

Lembaga Jemaah Pengurusan & Tenaga Pengajar Madrasah Raiyyah Islamiah

AHLI LEMBAGA JEMAAH PENGERUSAN MRI

PENGERUSI
Tn. Hj, Abdul Ghani b. Hj. Taib

TIMB. PENGERUSI
En. Ramlee Jaffar b. Yahya

SETIAUSAHA
Ustaz Hamidi b. Ibrahim

BENDAHARI
Ustaz Yaacob b. Ismail

AHLI JAWATANKUASA
En. Ahmad b. Hassan
En. Zulkifli b. Mansor
En. Ahmad b. Osman
Pn. Azizah bt. Abd Ghafar
Pn. Norma bt. Ahmad
Pn. Maznah bt. Jamaludin
Pn. Amelia bt. Yusof
Pn. Mazihan bt. Mohamad
Pn. Azizah bt. Saad
Pn. Roshidah bt. Yaakob
Pn. Hasnidah bt. Md. Derus


TENAGA-TENAGA PENGAJAR MRI

PENGETUA
Ustaz Hamidi b. Ibrahim

BENDAHARI
Ustaz Yaacob b. Ismail

SETIAUSAHA
Ustazah Zaidah bt. Zainol Abidin

AHLI JAWATANKUASA / TENAGA PENGAJAR
Ustazah Jalmiah bt. Hj Meh
Ustazah Siti Hawa bt. Desa
Ustazah Norsiah bt. Md Isa
Ustazah Siti Khadijah bt. Othman
Ustazah Siti Suhaila bt. Md.Yusof
Ustaz Azlan b. Mohd Shafer



~Sebarang pertanyaan serta cadangan yang membina anda boleh terus hantarkan kpd~
madrasahraiyah@gmail.com