Selamat Datang Ke MRI

Wednesday, June 23, 2010

Rombongan Sambil Belajar

Salam buat semua....
Pertama sekali pihak MRI mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrah Allah swt kerana dengan izinNya pihak MRI sekali lagi berjaya menjadikan Rombongan Sambil Belajar ke Kelantan & Terengganu pada minggu yang pertama Cuti Penggal 1 untuk pelajar-pelajar MRI menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana. Objektif utama MRI mengadakan rombongan ini hanyalah untuk memperaktikkan Solat Jama' & Qosar bagi pelajar2nya.

Dimana seramai 36 orang murid serta 4 orang guru pengiring diketuai oleh Ustaz Azlan ketika program rombongan ini diadakan. Semua urusan perjalanan dan penginapan diselia oleh Ustazah Zaidah.

Kunjungan pertama kami kira-kira jam 8pagi sampai di Masjid Terapung di Terengganu.
Para murid mula mengemas serta membersihkan diri di Tandas Awam yang berhampiran Masjid Terapung tersebut.

Greetings to all ....
First of all the MRI express my highest gratitude for kehadrah Allah by His leave the MRI once again managed to make the delegation Study to Kelantan and Terengganu in the first week of Term 1 Holidays for MRI students to visit historical sites there. The main objective of this mission is provide MRI for memperaktikkan Prayer Jama '& Qosar for pelajar2nya.

Where a total of 36 pupils and four teachers escort was led by Ustaz Azlan group program is held. All travel and accommodation arrangement supervised by Ustazah Zaidah.

Our first visit approximately 8pagi to the Floating Mosque of Terengganu.
The students begin updating and cleaning up the public toilets near the Floating Mosque.



Pelajar2 bergambar di hadapan Masjid Terapung,Terengganu.
Students pose in front of the Floating Mosque, Terengganu.


Setelah sesi ziarah Masjid Terapung selesai, kami dibawa ke Kraf Tangan Malaysia dimana hasil seni tangan penduduk tempatan di paparkan.
Floating Mosque after the pilgrimage is finished, we brought to Malaysia, where Hand Craft hands of local artwork is displayed.

Antara senireka sarong telur yang dianyam.
Among senireka eggs woven sarong.


Souvenir2 Kraf Tangan

Tembaga yang di masak sebelum di bentuk ke dalam acuan khas
Copper in the form of cooked before in a special mold


Taklimat oleh salah seorang pengusaha KrafTangan Malaysia
Briefing by one operator Malaysian Handicraft




Seterusnya,kami dibawa ke Noor Arfa Batik. Yang mana salah satu tempat tarikan pelancongan serta orang-orang Malaysia yang pasti ke Noor Arfa Batik jika sampai ke Terengganu. Di sini juga ditunjukkan bagaimana Batik Malaysia dihasilkan. Dan beberapa seniukir turut berada di sini.
Next, we brought Noor Arfa Batik. Which one of the tourist attractions and the people of Malaysia to Noor Arfa Batik sure if came to Terengganu. Here also shown how Batik Malaysia produced. And some seniukir also be here.

Bergambar di hadapan Noor Arfa Batik.

Setelah itu. Kami terus ke Taman Tamadun Islam yang berhampiran dengan Masjid Kristal. Di sana perbagai monument-monument masjid2 terkemuka dari seluruh negara dipaparkan. Ada 21 jenis monument masjid2 seluruh negara di Taman Tamadun Islam tersebut.



Taklimat yang disampaikan oleh salah seorang jurucakap
di Taman Tamadun Islam tersebut.


Bergambar dihadapan Masjid Kristal

Disinilah Solat Jama' Qosar di dirikan oleh pelajar2 MRI. Yang mana taklimat sebelum bermulanya solat tersebut disampaikan oleh Ust. Azlan.

MRI meninggalkan alamat blog di Kedai Keropok Losong.

Setelah itu,kami singgah pula ke salah satu kedai keropok losong yang terkenal di Terengganu. Sambil membeli, kami juga dihidangkan keropok losong yang telah digoreng secara percuma. Ini adalah salah satu daya tarikan untuk lebih ramai pengunjung berkunjung di kedai ini. Jutaan terima kasih diucapkan kpd Tuan Kedai Keropok Losong ini. :)

Pada hari ke-2,kami berpeluang untuk menziarahi pula Kota Bharu,Kelantan. Di bawah adalah tempat2 yang sempat dilawati . Antaranya Istana Sultan Kelantan yang terdahulu,Pasar Siti Khadijah,Muzium Kelantan,Muzium Senjata dll.

Bergambar di hadapan hotel penginapan pelajar2 MRI


Salah seorg pelajar sedang membaca sejarah di Kota Bharu


Bergambar dgn Perahu Diraja Kelantan


Bergambar sebelum meninggalkan Bandar Kota Bharu

Sebelum kami bertolak pulang ke Pulau Pinang,kami sempat ke Masjid Kg. Laut . Yang mana masjid ini berada di persisiran laut dan dipindahkan oleh penduduk tempatan dengan mengangkat dari laut ke darat tanpa merungkai straktur2 masjid tersebut.

Anatara batu Refleksologi yg berada berhampiran Masjid Kg. Laut


Masjid ini berhampiran dgn Universiti Malaya, Kelantan


Senibena Masjid Ar-Rahman.



Setelah menziarahi masjid ini, kami terus bertolak pulang ke Pulau Pinang. sekian...

Sambutan Hari Guru MRI

Salam buat semua pembaca blog.
Baru-baru ini sebelum cuti penggal pertama, pihak MRI telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru . Majlis ini berjalan dengan lancar walaupun diraikan secara sederhana. Alhamdulillah...separuh daripada murid-murid dan guru-guru turut mengambil bahagian . Antaranya diadakan persembahan nasyid,bercerita,sajak dan juga acara cabutan bertuah. Anda boleh lihat gambar di bawah adalah diantara sedutan ketika Majlis Sambutan Hari Guru diraikan. wassalam .


Pelajar-pelajar berkumpul di dewan.


Antara persembahan nasyid

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

No cabutan bertuah

Persembahan bercerita oleh guru menggunakan dialek Perkampungan Baling


Pelajar diberikan peluang untuk menterjemahkan semua dialek Perkampungan Baling


Santapan setelah selesai Majlis Sambutan Hari Guru.

Tuesday, June 22, 2010

Pengertian & Peristiwa Bulan Rejab

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

http://nursyifa.hypermart.net/galery_foto/kegiatan_ibadah/doa_bersama-1.jpg


Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh;
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com

Sunday, June 20, 2010

Asal Mula Alam Semesta - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an

Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta.
Gambar 10. Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta. (The Space Atlas, Heather dan Henbest, hal. 50)

Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut.
Gambar 11. Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, gambar 9, dari Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

Ilmu pengetahuan moderen, ilmu astronomi, baik yang berdasarkan pengamatan maupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahwa pada suatu saat seluruh alam semesta masih berupa 'gumpalan asap' (yaitu komposisi gas yang sangat rapat dan tak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, hal. 94-105.). Hal ini merupakan sebuah prinsip yang tak diragukan lagi menurut standar astronomi moderen. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap' semacam itu (lihat gambar 10 dan 11)


Gambar 10. Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta. (The Space Atlas, Heather dan Henbest, hal. 50)



Gambar 11. Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, gambar 9, dari Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)


Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, dulunya berupa materi 'asap' semacam itu. Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:

ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... (Al Fushshiilat, 41: 11)

Karena bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. (Al Anbiya, 21:30)

Dr. Alfred Kroner adalah salah satu ahli ilmu bumi terkemuka. Ia adalah Profesor geologi dan Kepala Departemen Geologi pada Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Ia berkata: "Jika menilik tempat asal Muhammad... Saya pikir sangat tidak mungkin jika ia bisa mengetahui sesuatu semisal asal mula alam semesta dari materi yang satu, karena para ilmuwan saja baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi mutakhir. Inilah kenyataannya." Ia juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang fisika inti 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan pernah bisa mengetahui, melalui pemikirannya sendiri, bahwa dulunya bumi dan langit berasal dari hal yang satu."

Untuk melihat video komentar sang profesor silakan klik tautan berikut ini: (Bahasa Inggris, format RealPlyer)
Video 1
Video 2

Thursday, June 17, 2010

Majlis Ihtifal Senawai Negeri Pulau Pinang

Salam buat semua,

Pada penghujung Mei yang lalu,satu majlis diadakan di Madrasah Al-Irsyad Al-Asyraf Al-Wataniah, Sungai Bakap . Yang mana pelbagai ketegori yang dipertandingkan. Pihak MRI turut menghantar wakil yang dipersetujui oleh Penyelia KAFA bahagian Daerah Barat Daya bagi ketegori hafazan Juz Amma . Oleh itu adik Syarafana bt. Syarifuddin telah dipilih bagi mewakili ketegori tersebut .

Alhamdulillah adik Syarafana berjaya mendapat keputusan 5 Teratas yang terbaik. InsyaALLAH jika diizinkan, pihak MRI akan menghantar beberapa wakil terbaik dari pelajarnya untuk ketegori-ketegori yang lain pada masa akan datang .

Wallahu a'lam.

*Ralat
Gambar adik Syarafana ketika dalam ujian hafazan tidak sempat diambil.

Untuk Rujukan umum [di sini]

Kelebihan Bulan Rejab

Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:

  1. Malam awal Rejab mustajab Doanya
  2. puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
  3. Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
  4. Puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  5. Puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
  6. Puasa 5 hari aman dari azab kubur
  7. Puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
  8. Puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
  9. Puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
  10. Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  11. Puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.

Majlis Pra Penyerahan Kunci Banggunan MRI

Salam buat semua,

Post kali ini adalah 1 majlis Pra Penyerahan Kunci banggunan baru MRI yang telah sempurna dibangunkan pada pertengan Mac lalu. Majlis ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan penyempurnaan banggunan kali terakhir sebelum majlis penyerahan kunci secara rasmi diadakan. Dimana beberapa individu-individu yang penting hadir bagi merialisasikan pembinaan banggunan ini secara lebih sempurna .

Antara yang hadir ialah Kontraktor,Wakil dari JKR,Wakil dari Pej. Agama Daerah Barat Daya,Pengerusi MRI,Guru-Guru,Pengerusi JKKK serta beberapa individu yang turut sama hadir.



Ketibaan Wakil dr JKR

Antara kipas yang gagal berfungsi

Pencatat masalah-masalah yang dihadapi banggunan baru

Jamuan ringan sebelum berakhirnya majlis

Madrasah Raiyyah Islamiah
Sungai Pinang, Balik Pulau.
Pulau Pinang .
madrasahraiyah@gmail.com
Assalamualaikum buat semua pembaca blog .
Pertama sekali pihak MRI memohon maaf bagi pihak pengusaha bahagian IT MRI sudah lama tidak "update" blog ini krn pengusaha IT MRI serta tenaga-tenaga pengajar yang terlalu sibuk dalam menguruskan beberapa perkara :-

  • Menyelesaikan soalan-soalan untuk Ujian Pertengahan Tahun .
  • Perpindahan dari banggunan lama ke banggunan baru MRI serta menyelaras semula semua kelas .
  • Persediaan menyambut Hari Guru .
  • Persiapan untuk Lawatan sambil belajar ke Terengganu & Kelantan .
Pihak MRI mengucapkan ribuan terima kasih kerana pembaca masih sudi bertandang ke blog ini. InsyaAllah semua permintaan pembaca blog akan dilaksanakan dari masa kesemasa . Wassalam.